Thursday, 5 June 2014

Kisah "Open Right Tibia Fracture" Aku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !

Open Right Tibia Fracture adalah satu nama yang aku alami. Bermaksud tulang tibia sebelah kanan yang patah dan terkeluar daripada kulit kaki. 

Bukan senang untuk seorang perempuan alami benda ni. Bagaimana ia boleh berlaku ? Akibat daripada perlanggaran yang berlaku. Tepat jam 5:30pm bertarikh 2 Mac 2014 berhampiran simpang 4 sebelum berjumpa Caltex sebelum Cendol Bakar sebelum LATAR Highway. 

Aku nak balik ke rumah sewa di Subang. Setiap minggu memang akan aku balik kampung untuk lihat keadaan nenek. Tapi kenapa aku tak balik Shah Alam? Bukan kah Shah Alam lebih dekat daripada Tanjung Karang ? Alasan nye hanya SATU. Sebab nenek aku tak berapa sihat kebelangan nie dan ada urusan yang harus aku uruskan. 

Selalu aku balik waktu malam. Tapi, pada hari aku kemalangan, angah aku yang mengajak untuk aku balik waktu petang. Rasa tak sedap hati. Tapi, apa boleh buat. Aku ikutkan sahaja kehendak angah aku sebab aku percaya yang dia ADA. 

Sampai sahaja di simpang itu, paaaarrrggghhhhh !! terbang gak aku masa ni. Aku rasa aku jatuh kedepan. Namun, apa yang orang kata dan polis juga kata, aku jatuh dalam keadaan yang berpusing2. Bayangkan, aku tak assume langsung yang kaki aku patah. Walhal, aku dah selak dah seluar aku untuk tengok kaki aku. Darah tak banyak keluar. Tak sakit. Tapi, sakit tu tiba bila orang awam cuba untuk menggangkat aku. PERRRGGGHHHH ! baru aku nangis ! sakit sangat2. Ada yang kata aku mengalami patah dan ada yang kata tidak. Aku sendiri tak tahu masa tu yang kaki aku patah. Sebab ini adalah kali PERTAMA aku kena camni. Sakit. Sakit bila di angkat ! Thats mean your tibia was broken ! 

Aku dikejarkan ke Hospital Tg. Karang oleh orang yang langgar aku. Selepas aku di hantar, aku tak tahu langsung apa yang jadi selepass itu. Kerana apa ? Kerana aku sibuk dok memikir, JANGANLAH PATAH KAKI. Sebab, banyak benda lagi yang aku kena buat ! Sebaik je Result Xray keluar. Harapan aku hancur ! Aku terus dikejarkan ke Hospital Besar Sg. Buloh. Untuk mendapat kan rawatan lanjut dan menjalani pembedahan ! Yea, kaki aku patah. Tulang tibia aku patah dua. Ada yang terkeluar dari kaki. Sebab tu bila doktor jolok2 untuk masukkan tulang tu rasa dia memang SAKIT ! 

Malam tu, aku ditemani oleh Maklong aku di wad. Ada dua orang pembantu perubatan datang kepada aku. Berbadan sasa. Tahu apa yang mereka buat ? Mereka nak simen kaki aku ??! Cara mereka bagaimana ? mereka berdua ajak aku bersembang. Di saat aku tengah syok bersembang, dorg tarik kaki aku ! jolok2 kaki aku untuk luruskan kaki dan masuk kan tulang yang terkeluar tu. dan masa tu aku menjerit sekuat hati ! Sumpah sakit. Aku tak tipu. 

Setelah selesai, aku tunggu masa untuk operation. Kaki aku terasa berat sangat. Sebab inilah kali pertama aku alami semua benda nie ! Rasa tak sanggup, nak nangis. Tapi aku cuba kuat dan gagah kan juga diri aku ni. Bukan senang untuk seorang PEREMPUAN alami semua benda nie. PERCAYALAH ! 

Tepat jam 3.30am aku di bawa ke bilik pembedahan. kasihan aku tengok Doktor Bius masa tu. Sebab, Doktor tu berusaha sedaya upaya untuk meyakinkan aku terhadap bius yang akan aku terima. Setelah selesai beliau menerangkan akhirnya aku terima. Dan aku dibius ! Pembedahan berjalan seperti yang dirancangkan oleh para para doktor. Berat bagi aku sebab aku di bius half ! Hanya pada bahagian kaki. Bahagian kaki. Ini bermakna ? Aku di bedah dalam keadaan sedar dan mata terbuka dengan otak yang berfungsi ! 

Terasa kaki aku di ketuk. ketuk dan terus ketuk. Doktor bius tu ada di samping aku, beliau dah banyak sangat bagi aku ubat tidur. Tapi tak boleh. Aku tak boleh tidur ! Tidur dalam keadaan kaki aku di ketuk2 ?? Memang tak lah kan ? ! Tak rasa sakit pun pembedahan tu. Tapi, kita rasa apa yang para doktor tu buat !

5.30am TEPAT ! Finally,,, pembedahan tu berjaya ! Alhamdulillah !! Aku ditinggalkan di bilik pemantauan sampailah aku sedar dan di bawa ke wad orthopedic ! 5 Hari 4 malam aku kat wad. Di temani dengan pesakit2 lain dan mak long aku. Terima kasih sangat pada dia sebab dia sudi menemani aku. 

Sepanjang aku berada di wad, aku tak boleh langsung nak tidur lena melainkan aku di beri ubat tidur oleh nurse ! Sakit di kaki aku sangat memberontak. Tak selesa ! Biasalah kan, benda baru. besi yang di masukkan ke dalam kaki ni adalah benda baru untuk aku. 

Selepas 2 minggu, jahitan aku di buka. Masa ni aku rasa buruk nya kaki kau ain ! sakit !!! haha. Aku hampir putus asa. Dengan asyik tergolek je masa bertongkat. hm. Tapi, sekarang. Dah masuk 3 bulan 2 hari dah aku berkeadaan begini. Dengan adanya besi nie. dengan bertongkat seperti ini. Genap 3 bulan. Tapi, aku masih tak boleh berjalan dengan sempurna. Tapi, aku bersyukur sangat sebab bengkak akibat operate itu mula menyurut. Buku lali dah mula kelihatan. Semuanya dah kelihatan PERFECT ! dalam masa 3 Bulan. Cuma masalah pada jalan je. Aku masih tak boleh berjalan. Tak tahu sampai bila. Tapi aku harap semuanya akan berjalan dengan baik. 

Betul kata orang, biar lelaki yang kena semua benda ni jangan perempuan. Kerana PEREMPUAN nie sifat nya lemah. LEMAH sangat. Tapi, lelaki sememangnya dah di ciptakan berganda2 kekuatan nya berbanding perempuan. Sebab tu lah tugas LELAKI melindungi PEREMPUAN. 

Kepada para perempuan yang sekeras aku atau lebih kuat daripada aku, percayalah... perempuan itu sememangnya LEMAH. Kepada lelaki, lindungilah para wanita  kerana mereka memang sepatutnya dilindungi oleh kamu. 

Berhati2lah di jalan raya.. Di saat kita fokus dan serah kan segala2nya kepada takdir. Akan ada orang lain yang alpa. Itu LUMRAH. Percayalah, ada hikmah di sebalik yang terjadi walaupun bukan atas kemahuan kita sendiri. 

Asslamualaikum :)

5 comments:

MAYZAITUL said...

Assalamualaikum. Nak tanya mcm maa keadaan kaki awk yang patah tu? Dah boleh jalan tak? Saya pun patah pada tibia. Minggu depan ni baru operate. :(

Unknown said...

Assalam..sy pon eksiden moto dlm perjalanan utk daftar degree kt perlis. Patah peha open fracture dan patah tulang betis kt depan dan belakang.. 6 hari kt icu n 2 bulan kt wad. Sblum operate msuk besi tu kene pkai besi area cucuk2, memg seksa dan sakit. Kulit peha diambil utk tampal kt tepi lutut. Keadaan kaki memg hodoh gila. Skrg dah genap 8 bulan..bru je bleh jalan tp mcm tempang ckit..hrap lpas ni ok. Doktor kata ada urat putus kt bwah lutut..mgkin tu sebab jalan pon da x normal mcm dulu..rsa hidup dah hancur berkecai harapan dan impian.. Skrg terpaksa tangguh sem..entah boleh ke tidak nk study dgn kdaan cmni.. Kita terpilih utk diuji sebegini rupa.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
nad said...

Mayzaitul...please wasap sy..013 3370716..sy nk tny awk pnya pglaman..

Unknown said...

Salam sis....saya baru sebulan operation tulang tibia patah...saya masih lagi terlantar atas katil. semua ok kecuali buku lali saya bengkak...dan saya takut dengan keadaan ni tapi doktor gtau smua ni ok...tinggikan kaki masa tidur...dalam tulisan sis ada cakap 3 bulan baru bgkak dibuku lali sis surut. Maknanya normal ka bgkak yang saya alami sekarang ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...