Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! ;)
"Bukan senang untuk menjadi Matang".. Kenapa aku cakap bukan senang ? Sebab, bila kita inginkan kematangan, kita haruslah mempunyai PENGALAMAN. Tak kan matang seseorang itu tanpa sebarang pengalaman ! Peganglah sampai Akhir Hayat kita. Kerana dengan pengalamanlah kita akan tahu apa yang harus kita lakukan seterusnya. Bukan hanya duduk di bahu jalan dan hanya melihat ! Melihat tanpa berbuat sebarang tindakan ? Itu ke yang kita kena buat ? Jawapannya, TIDAK ! Untuk menjadi matang, kita bukan hanya duduk dan dilihat, tapi ! kita BINA ! bina pengalaman. Ambil sebarang tindakan dan bukan hanya sekadar melihat.
Contohnya, bila semua orang berbicara mengenai pengalaman memakan ayam KFC, kita juga kena makan ayam KFC tu supaya kita tahu dan rasa dan peka mengenai perbicaraan mereka. Bukan hanya senyap dan membiarkan mereka bercerita ! Itulah yang dinamakan BINA pengalaman ! Kita involve ! Yea, bukan senang untuk seseorang itu bina pengalaman, tapi... sampai bila untuk kita berdiam dan hanya mendengar, melihat tanpa merasa pengalaman yang sebenar ? Adakah kita memang ditakdirkan untuk mendengar sahaja ? tanpa merasa ? Jawapannya, TIDAK !
Semuanya bergantung pada diri kita, kekuatan dan ketabahan kita sebagai seorang yang nak bina pengalaman. Bangun dan bangkitlah. Nikmatilah segala nikmat yang diberikan kepada kita supaya suatu hari nanti kita tidak mudah tertipu dan terpedaya ! Untuk menjadi seorang yang berjaya juga kita amat-amat memerlukan pengalaman. Kita tak kan berjaya kalau kita tak pernah jatuh walau hanya sekali. Jatuh dan bangkit. Bukan jatuh tanpa berbuat apa-apa dan membiarkan diri tersungkur tanpa ada sebarang usaha untuk bangkit !
Kita kena bangkit. Walaupun dengan hanya sehelai sepinggang ! Percayalah.. Allah itu Maha Adil. Kuncinya, berbuat baiklah kepada orang lain. Jangan terlalu angkuh dan tamak ! Bangun, bangkit dan jangan pernah diri tersungkur untuk seterusnya. Sebab kita dah merasa dan mempunyai pengalaman itu. Buanglah keperitan dan kepahitan itu. Ciptalah sejarah baru. Sejarah kejayaan untuk diri sendiri dan orang lain.
Semuanya bermula dalam diri kita. Ingat ! "Kita Usaha, Kita Dapat"!! :)
Friday, 13 June 2014
Pengalaman Mendewasakan Kita .
Posted by farina ryna at 3:19 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)












0 comments:
Post a Comment