Saturday 14 January 2017

Nenek

Hai Korang.

Agak lama aku menyepi. bukan kerana sengaja untuk menyepi. Tetapi masa yang tak mengizinkan. Aku akan start menulis sikit2 apa yang terjadi sepanjang aku menyepi. Hope korang sudi untuk membaca ! :)

- 17 May 2016 - nenek aku menghembuskan nafasnya yang terakhir. Bukan senang untuk aku hadap sbenda ni. Terutama sekali nenek adalah ibu yang terbaik yang pernah jaga aku dari kecil sampailah ke besar. Dia yang melayan segala kerenah cucu dia dan tak pernah sikit pun dia asingkan kasih sayang dia dengan anak2 dia dan cucunya. Semuanya dia layan sama rata. Aku rasa aku tak mampu nak hadap semua ni sebab aku tal ada masa dia hembuskan nafas dia yang terakhir. Kesilapan yang paling besar aku pernah buat iaitu lari daripada masalah. To those, yang suka lari daripada masalah, better stop it ! Sebesar mana masalah kita, seberat mana masalah kita, kita kena face it ! Hadap semua tu. sebab segala kepahitan itu ada kemanisan. mistake yang aku buat ni membuatkan aku kesal sangat. Sebab aku takut yang aku tak kuat untuk tegok ibu yang selama ni jaga aku siang dan malam dari kecik sampai ke besar dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di depan aku. So, aku lari. aku pergi jauh untuk tenangkan fikiran sebelum 2 ke 3 hari nenek menghembuskan nafasnya yang terakhir. Otw aku balik ke kampung dan nak pergi ke nenek, aku dapat text dari cousion aku yang mengatakan nenek aku da start rasa sesak nafas. that time, aku boleh lagi nak pergi makan, sebab dari pagi aku tak makan lagi sebelum aku balik tu. then, selang 5 minit pastu, cousion aku call. tahu apa yang dia cakap ? "Ain, Nenek dah takde". dan masa tu aku cancel untuk pergi makan, aku terus pecut dan masa tu dari tempat aku nak ke nenek dalam satu jam setengah. tapi, aku dah drive cam orang gila dan aku boleh sampai ke nenek below 1 hr ! dan buat pertama kalinya iphone aku pecah sepanjang setahun aku pakai tak pernah pun pecah. that time, aku cam tak tahu what should i do. kenapa jauh sangat kampung aku tu. kenapa tak sampai2 lagi ni. masa ni aku tak fikir langsung apa yang akan jadi kat aku dengan drive beremosi camtu. Sesampainya aku kat hospital,guard yang dah kenal aku dia bagitahu yang nenek aku dah di bawak ke bilik mayat. dia tanya kenapa aku lambat. aku senyap je. sebab aku tahu aku bodoh. aku boleh terfikir nak lari dari kenyataan. Aku terus berlari ke bilik mayat dan join mandikan jenazah. masa ni air mata aku masih nak mengalir. Tapi, aku tahu... kalau aku sedih, orang lain pasti akan sedih. Malahan lagi sedih. Nek,, Aain mintak maaf. Sambil aku mandikan nenek, tu je yang bermain di hati aku. "Nek, maafkan Ain..." Aku tak boleh nak buat apa. Sebab semua nya dah berlaku. Aku tak boleh nak hidupkan balik nenek aku. yang aku boleh buat sekarang adalah redha. Aku tak boleh pergi tempat2 cam bilik mayat tu dari dulu lagi sebab ? badan aku pasti akan lebam2. dan betul. memang baliknya aku berlebam2. Masa ni, aku cakap, " takpelah nek... lebam ni akan hilang dan akan balik kalau dia nak.. tapi, nenek tak kan pernah wujud balik". Ia nya tak semudah yang orang kata. Macam orang cakap, Ala... nenek je. tapi depa tak tahu.. nenek aku ni lah yang selalu ada bila aku sakit, keluar masuk hospita, dia lah yang jaga aku dari kecil sampai ke besar. Beri sepenuh kepercayaan, perasaan sayang tanpa ada rasa berbelah bagi sikit pun. Nek, tenanglah dikau di sana.


AL-FATIHAH.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...