Tuesday, 9 July 2013

Ramadhan yang bakal tiba..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Sedikit ringkasan daripada aku untuk entry kali ini. Pertama sekali aku ingin menyusun 10 jari kemaafan andai selama nie segala entry aku ada menyentuh hati dan perasaan kalian yang membaca. Sama ada secara langsung atau tak, secara sedar ataupun tidak. Sempena ramadhan yang bakal tiba yang kita tahu bulan ini adalah bulan yang terbaik untuk umat islam melakukan segala ibadat, meminta keampunan dan memperbaiki diri masing-masing.. Segala pertuturan dan perlakuan haruslah dijaga dengan rapi. Kerana pada bulan ini mudah untuk mendapatkan pahala dan mudah untuk mendapatkan dosa. Pada bulan ini juga ingin ditekan kan bahawa segala jin dan syaitan akan diikat. Oleh itu, janganlah pula kita yang menyerupai mereka.

Di sini juga, ingin aku kongsikan sedikit pengalaman aku semasa berpuasa pada ramadhan sebelum2 ini.. Seperti yang kita ketahui bulan ini adalah bulan untuk orang islam berpuasa. Akan tetapi, jangan pula kita terkejut apabila ada yang bukan islam juga turut berpuasa dan memenuhi bazaar untuk membeli juadah berbuka.. Mereka juga mempunyai hak mereka. Kita harus menghormati antara satu sama lain. :) Dan ingin aku menekan kan kat sini,, kita haruslah memperbaiki segala perhubungan. BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH.. Walaupun perit, tak kan kemana hidup seseorang itu jika ada kebencian didalam diri mereka.. Ambil lah peluang Ramadhan ini untuk menjernihkan segala yang keruh. Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. Sama ada dalam keadaan sedar ataupun tak sedar. Seganja ataupun tidak. Sebab manusia nie tak sempurna.. Hanya yang DIA yang sempurna..

Okay, cukup lah setakat ini sahaja entry aku kali ini. Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam Ramadhan kepada para muslimin sekalian. Jangan ponteng, jaga adab dan pergaulan. Semoga ibadah kita diredhai Allah S.W.T hendakNya.. Aminnn :)

Di sini aku sertakan niat untuk berpuasa.. :)


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...