Thursday, 2 May 2013

kekeliruan ??

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. :)

Kekeliruan adalah salah satu penyakit yang dihidapi oleh segolongan masyarakat terutama remaja. Keliru berkaitan identiti diri, keputusan yang diambil dan sebagai nya. Dan aku tergolong dalam golongan nie sekarang nie. hmmm.

Aku tak tahu apa yang aku harus lakukan untuk menghapuskan masa silam. Dan aku percaya tak ada siapa yang mahu kan masa silam terus2 menghantui diri mereka. Termasuklah aku. Dengan adanya masa silam, aku tak tahu dan tak confident dengan langkah yang ingin aku buat untuk meneruskan kehidupan aku. Masa silam terus menghantui dan membantutkan segala pergerakan dan langkah aku. Lama kelamaan aku lemas dek masa silam. 

Aku ambil keputusan untuk melepaskan orang yang aku sayang. Sayang ? hmm, yea... aku sangat sayang kan dia. Tapi, dia dah tipu aku berkali-kali. Dan kata nya itu adalah masa silam dan dia ingin berubah. see? Masa silam lagi ? Aku terlalu takut. Sehinggakan aku tak berani untuk mempertaruhkan hati dan perasaan aku sekali lagi untuk dimusnahkan hancur dan berkecai camtu je.. 

Aku tak tahu sama ada keputusan aku nie patut atau tak patut. Dan bukan tu je. Dengan keadaan aku dan family aku sekarang, ianya turut mengelirukan dan mencampur adukkan semua perkara menjadi satu. Aku kusut. Pernah sekali aku terfikir untuk aku lari daripada rumah nie. Rumah yang merupakan gua bagi aku. Aku seakan akan tak ada sosial dalam hidup aku. Entah. Aku sepertinya mengharap seorang putera raja datang merisik aku dan bawa aku keluar daripada gua yang gelap nie !

Aku keseorangan. Kesepian. Derita. Dan menanggung kesedihan. Keseorangan. Sakit sebenarnya hidup dengan senyuman yang palsu. Tapi, asalkan mereka bahagia, aku tak kesah. Biarlah senyum aku palsu mana asalkan yang melihat kata aku ikhlas. Tak tahu sampai bila aku boleh bertahan. Tapi, tu la yang terbaik. Redza, sorry.. Aku tak tahu nak cakap apa lagi dah. Aku sakit. Sedih. Tapi, inilah jalan yang aku rasa terbaik untuk kita,. :')


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...