Saturday, 19 January 2013

SESEORANG .

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada entry aku kali ni, aku rasa aku ingin memperbincangkan mengenai sesuatu yang sangat serius. Tatkala, hati dan perasaan menjadi persoalan. 
Seseorang yang dikenali sebagai lelaki atau perempuan atau senang kata, manusia sebelum di lahirkan, di kandung oleh seorang ibu dalam usia hampir 9 bulan atau 9 bulan lebih. Yang menyebutkan para ibu mengalami sakit2 pada bahagian kaki dan terpaks menahan nafsu permakanan bagi mengelakkan sakit sampingan2 yang tidak di ingini terutama bagi seorang anak yang di kandung. Itu semua adalah untuk kebaikkan seorang anak. Adakah wajar jikalau seorang anak memperkotakkan kasih dan sayang seorang ibu ? Di tatang bagai minyak yang penuh. Di mandikan dengan pelbagai kasih dan sayang. Tapi, wajarkah kita jika kita menderhaka ? erm ? hmmm~ renungan sejenak.. 

Hari ini, aku merasakan adakah tindakan aku wajar untuk merancang segala kemungkinan dan berharap kemungkinan yang dapat di selesaikan adalah ke arah kebaikkan. renungan sejenak ~

Aku ingin keluar daripada dunia aku yang hanya mengenali diri dia. Yang hanya berkait, bergantung dan berharap pada seseorang yang bukan hak aku. Hak Allah. renungan sejenak~

Pergilah dikau. Pergilah bersama dengan yang lain. Sesengguhnya, Allah telah menentukan cara yang terbaik untuk seseorang itu menjalani kehidupan mereka dengan sempurna. renungan sejenak ~

Tiada insan yang sempurna tidak punyai masa lampau, dan tidak ada insan yang berdosa tidak punyai masa depan.. rengan sejenak ~

Jangan sering menyalahkan takdir, sedangkan takdirlah penentu segalanya. Kita sepatutnya bermotivasikan diri ke arah lebih baik untuk kita lebih kuat dan maju setapak demi setapak demi masa hadapan kita sendiri. Bukan orang lain . renungan sejenak ~

Sebarang apa yang telah di rencanakan adalah apa yang telah dan seseorang itu mahukan. Sama ada kita ambil atau pergi meninggalkan. renungan sejenak ~

Seseorang itu, kadang2 diciptakan bukan untuk kamu. Dan lepaskan genggaman kamu, biarkan dia pergi bersama dengan yang lain. Bukan terus2 menyeksakan. renungan sejenak ~ 

Akhir kata, insan yang sempurna mampu berfikir dan sentiasa mencari jalan yang terbaik untuk kehidupan yang lebih baik. Bukan membiarkan sebarang keburukan terjadi semakin berleluasa. Renungan bersama dan selamat beramal. Assalamualaikum. :)


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...