Monday, 6 August 2012

sahabat itu indah .

salam and hye readerz ! :) pernah dengar tak pada satu prinsip ni ? berkawan biar beribu, bercinta biar satu ?? dengan prinsip ni pun kita dah tahu yang kita perlu kan ramai kawan. tak kira lah kawan kita macam mana sekali pun.. kerana kawan, kita kenal erti sebenar kehidupan.. kerana kawan, kita tahu apa itu baik dan buruk.. kerana kawan, kita merasa kan kegembiraan dan kesedihan itu. kerana kawan juga lah kita tahu apa yang terbaik untuk diri kita.. semua nya kerana kawan. tapi ! janganlah kita mengikut atau terikut cara dan pergaulan kawan yang salah. tak salah kalau kita berkawan dengan golongan yang agak teruk bagi masyarakat yang penting HATI dan IMAN kita.. ingat, kat dunia nie, tak semua manusia sempurna. mereka mempunyai alasan mereka tersendiri kenapa mereka jadi seperti mereka jadi sekarang. kita sebagai seorang kawan hanya mampu menasihati. dalam islam, ada banyak cara untuk menasihati kawan kita. tak mampu menegur melalui percakapan, melalui perbuatan tak pun hati adalah yang sebaik nya. ingat... kalau kita tak kenal dengan golongan seperti ini, macam mana kita nak tahu kehidupan sebenar mereka ? hanya mampu melihat melalui kaca tv dan internet ?? tapi,, kita tak tahu kehidupan sebenar mereka dan kita hanya tahu mencemuh dan buruk sangka je ? camtu ?? tak baik kan.. nak2 bulan puase ni.. kita di suruh supaya tidak bersangka buruk pada seseorang. dan kita janganlah jadi seperti lalang, dengarkan saja dan menilai perkara yang sama apa yang orang nilai... tak boleh camtu. ingat taw ! heee.. kawan atau lebih mulia di panggil sahabat. sahabat itu indah. kenapa ? macam yang aku katakan kat intro tadi.. hehe. bila dah di lebel kan sebagai indah. kita seharusnya menjaga dengan rapi. gaduh ? alaaa,, biasa la tu.. jangan ambil hati sangat bagi seorang perempuan. sebab ? kerana pergaduhan lah yang akan mematang kan persahabatan kamu. bagi lelaki ?? jangan gaduh lebih2 ,, nanti lain pula jadi nya. hee. tapi, lelaki ni senang. mereka bukan jenis yang sensitif. mereka lebih banyak bergurau dari bergaduh yang kadang2 perempuan boleh confius bila melihat telatah dan gelagat mereka.. :)
akhir sekali, aku nak tegaskan kat sini. jagalah sahabat itu. kerana sahabat itu indah. jangan ada yang terluka kerana kita dan jangan ada yang sengsara kerana kita. kerana sahabat yang beribu memang senang untuk di cari. namun, sahabat sejati hanya muncul setelah di cari dengan usaha.. terima kasih. assalamualaikum. :)


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...