Monday, 30 July 2012

kemarahan .

salam and hye readerz.. ! :) ermm,,, hari ni aku nak bercakap mengenai satu sifat yang boleh di katakan semua orang kat luar termasuk diri kita sendiri benci dan agak geram bila mana kita berada di situasi terbabit... dan yang bertambah geram bila kemarahan seseorang tu kita tak tahu punca atau sebab musabab nya kan ? tipu lah kalau kat dunia ni, ada yang gembira, suka, rasa nak melompat lompat bila kena marah kan ? haha. kalau ada, aku akan tabik kat orang tu.. kenapa ? sebab dia seorang sangat tak berperasaan. oke, lets start ... 
aku nak bermula daripada punca kemarahan seseorang ...
PUNCA-PUNCA kemarahan :-
1)
tekanan daripada tempat kerja .
- bagi yang bekerja, biasalah .. tak semua apa yang kita rancangkan akan berjalan seperti yang kita rancangkan kan ? kat sini, bagi yang bekeluarga. janganlah kita melampiaskan kemarahan kepada anak anak kita. takut anak tu akan jadi pemberontak suatu ketika nanti. dan masa tu, jangan lah kita tanya kenapa anak kita terlalu degil dan suka memberontak.. kerana jawapannya adalah dari diri kita sendiri. bagi seorang pelajar pula, memang berat. kerana kita belajar kadang kadang tu sampai 10 subject. tak pun bagi peringkat U dalam 7 course camtu... berat kan ? sebab kita kena fikir semua mata pelajaran tu dalam satu masa nak2 bila dah sampai musim ujian. mesti masa nie bertambah pula masalah kita kan ? sabar... kita sebagai seorang pelajar kadang kadang mengalahkan orang yang bekerja. tapi, sebenarnya tak pun... cuba ambil ringan dengan semua yang kita hadapi. dan percayalah, kalau sebagai pelajar, kita tak dapat untuk tangani masalah kita, bagaimana kita nak tangani masalah yang bakal kita hadapi di alam pekerjaan yang bertambah , berpuluh ribu riban masalah tu ?? always think positive. ignore apa yang tak penting. tak perlu lah kita padatkan dengan masalah yang remeh. 

2) tekanan daripada couple, pasangan suami isteri dan kawan baik.
- sebagai pasangan yang hangat bercinta, janganlah kita fikir bahawa dunia ni kita yang punya sorang je. jangan terlalu berharap sesuatu yang pasti. selagi dia belum menjadi milik kita, jangan terlalu berharap kepada dia. tapi, berharap dan berserah lah kepada tuhan kita... sesungguhnya Dia telah menetapkan segala yang tak pasti dan semua orang tak tahu yang hanya menjadi rahsia Dia. setiap orang telah di terbitkan dan lahir dengan perasaan kasih dan sayang. tak salah untuk mempunyai pasangan. tapi, simpanlah sedikit rasa keraguan dan jagalah apa yang sepatutnya di jaga.. jika kita pasangan yang liar, beransur lah sedikit demi sedikit untuk berubah, sesungguhnya. tuhan kita suka seseorang yang melakukan perubahan ke arah yang lebih baik walaupun sedikit demi sedikit.. :) bagi pasangan suami isteri, bukanlah namanya kehidupan berumah tangga jika tiada sebarang masalah. kalau boleh, cuba untuk elakkan pertelingkahan, ketinggian suara dan adegan tampar menampar. aku percaya, tiada siapa kat dunia ni suka diperlakukan begitu. termasuk diri kita yang sedang marah tu kan ? kita sepatutnya bertindak dengan lebih matang. berfikir sebelum bertindak. bukan membiarkan emosi yang mengawal kehidupan dan perasaan kita. takut kelak kita yang akan menyesal. tatkala kita sudah melepaskan fasak dan talak. jika ia nya boleh di elakkan, elakkan. kerana kat dunia nie tiada siapa yang sempurna dan semua orang melakukan kesilapan. :) bagi kawan baik pula, kalau tiada perselisihan faham tu bukan lah kawan baik nama nya... erk,, kenapa aku cakap camtu ?? sebab.... kawan baik lah kawan yang hampir tahu kesemua nya mengenai diri kita. dan setiap orang mempunyai emosi mereka yang terrsendiri. jika kita lihat kawan baik kita tu berkeadaan muram dan siram, cubalah hampiri mereka dan try untuk carik tahu serta kenal pasti masalah mereka. tapi, jika mereka tidak mahu untuk menceritakan nya kepada kita, janganlah kita marah kepada mereka. tapi ! bagi mereka masa dan ruang. dan kita harus PERCAYA kalau dia betul anggap kita sebagai kawan baik mereka, mereka akan datang kepada kita untuk menceritakan segala yang menjadi persoalan. tapi, kali nie.. mereka akan selit kan lawak jenaka. tahu kenapa mereka tak mahu menceritakan terus apabila kita tanya kepada mereka ? mereka cuba untuk ambik masa agar kita tak di marahi oleh mereka. baik kan mereka ? siap selitkan lawak jenaka lagi.. hehe. dan masa tu, even masalah tu tak selesai sepenuhnya, sekurang kurang nya,, mereka lega dapat melepaskan di tempat, masa dan keadaan yang sesuai.. :)
3) tekanan daripada masa silam .
- oke, aku percaya pada satu benda nie. setiap orang mempunyai masa silam mereka tersendiri. sama ada baik atau sebaliknya. setengah orang tak dapat terima masa silam mereka. sebab tu, ada yang kita lihat orang yang kurang siuman kat luar sana. tapi, janganlah kita salahkan atau mencaci mereka. mereka sendiri tak mahu diri mereka jadi begitu. tapi, disebabkan mereka tak kuat untuk menghadapi situasi itu mereka lemah dengan masa silam mereka. kepada yang suka mencaci dan menghina golongan seperti ini, bertaubat lah. atau renungkan kembali... kita kena ingat, masa itu sesuatu yang sangat panjang. tidak hairan kalau suatu hari nanti kita juga mempunyai masa silam yang sangat teruk sehinggakan kita sendiri tak sanggup untuk berdepan dengan masalah tu dan membuatkan kita tewas dan akhirnya kita juga menjadi tidak siuman .. fikir fikir kan lah ye ? :) ingat, tak semua masa silam seseorang tu dapat diceritakan kepada orang lain melainkan diri sendiri. so, janganlah kita marah atau menggikan suara dan sebagainya kepada golongan seperti ini, sebab ? mereka mempunyai hak dan sebab musabab kenapa mereka menyimpan masa silam itu . kadang kadang, masa silam tak perlu langsung di kongsikan atau di ingatkan atau di paksa untuk mengingat, kerena ia nya amat sakit. dan merupakan satu langkah yang tersasar dari sekarang. tapi ! jangan lah pula kita lupa asal usul dan keturunan kita sehinggakan kita membiarkan diri kita menjadi lebih teruk daripada sebelum ini.. :)


okay lah. cukup untuk setakat nie yang aku dapat kongsikan kepada korang mengenai "kemarahan" dan may be dengan penyelesaiannya kot. hehe. aku nie tak lah ariff sangat. sebab aku juga seorang yang pemarah. semua nie pun aku dapat sumber sumber daripada bahan ilmiah, orang orang lain dan pelbagai pihak.kira, ini juga untuk peringatan diri aku gak la.. seri sama sama.. hehe.. kla, salam ramadhan buat umat islam.. tq. :)


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...